User:Riah18/sandbox

Source: Wikipedia, the free encyclopedia.

Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran dianggap sebagai satu inovasi dalam pendidikan di mana inovasi ini merupakan satu perkara baru kepada pendidik. Kajian Program Latihan Guru Sekolah Bestari dan Impaknya terhadap Pembelajaran Pelajar oleh Mohammad Sani et al (2001) telah ditadbirkan kepada 882 orang guru bestari dan 2689 orang pelajar di 70 buah Sekolah Bestari. Dapatan kajian menunjukkan bahawa antara kekangan yang mempengaruhi guru-guru dalam melaksanakan P&P bestari ialah beban tugas (84.9%), peruntukan kewangan (80.9%), desakan peperiksaan (87.6%), faktor masa (84.8%), tuntutan sukatan pelajaran (84.3%), aspek pengupayaan (76.1%), aspek faktor sokongan pihak pengurusan sekolah (71.8%), kemudahan dan peralatan sekolah (79.2%), aspek pelbagai arahan daripada pihak atasan (77.6%), aspek faktor murid (68.8%), aspek kerjasama rakan sejawat (66.3%) dan aspek sokongan daripada Pegawai Pendidikan Daerah (54.5%). Dapatan kajian ini menjadi panduan dalam inovasi untuk melaksanakan pengintegrasian komputer dalam pengajaran Sains dan Matematik yang turut diselubungi dengan berbagai isu , dan isu-isu yang dikenalpasti dikategorikan kepada empat faktor.Antara faktor tersebut ialah sekolah dan guru.