User:Azman Rasdi

Source: Wikipedia, the free encyclopedia.
Pacal Didik Malaysia
Perkara 3(1) di dalam Perlembagaan Persekutuan, mencatatkan Islam adalah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.  Perkara 3(2), menetapkan, dalam tiap-tiap negeri melainkan negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua Agama Islam dalam negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diisytiharkan oleh Perlembagaan Negeri itu, segala hak, keistimewaan, hak kedaulatan dan kuasa yang dinikmati olehnya, sebagai Ketua Agama Islam tidaklah tersentuh dan tercacat... Para VI(1), Bahagian Pertama, Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak, menetapkan Ketua Agama Negeri ini ialah Duli Yang Maha Mulia, dan Duli Yang Maha Mulia akan memerintahkan supaya diadakan undang-undang untuk mengaturkan perkara-perkara agama dan menubuhkan sebuah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu..., bagi menolong dan menasihatkan Duli Yang Maha Mulia berkenaan dengan perkara-perkara yang bersabit dengan agama Negeri ini dan adat Melayu.  Perlembagaan Persekutuan dan Negeri secara terang lagi bersuluh, menetapkan urusan agama Islam terletak di bawah bidang kuasa Raja sebagai ketua agama Islam di negeri.